I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 30, 2009

Dato' Siti Jadi Upin dan Ipin

Bila melihat gaya-gaya Siti memakai maskot kepala salah satu watak dalam animasi terbaik negara ini, terdetik di hati kami boleh tahan juga kepala si Siti ni. Kelakar. Hahahaha!!





Tapi betul ke Siti Nurhaliza? Memang betul dia lah..

Saturday, December 19, 2009

Remy Ishak Pukul Ummi Nazeera


KUALA LUMPUR: “Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.


Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.

Sebelum ini, akhbar hanya melaporkan kenyataan Remy yang mendakwa dia diserang sekumpulan tujuh lelaki sehari selepas kejadian pertengkarannya dengan Ummi, 4 Disember lalu, namun tiada penjelasan balas daripada Ummi.

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka.

“Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.

Ditanya bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian, warga Indonesia itu memberitahu dia diarahkan tuan muda (abang Ummi) supaya mencari adiknya di bawah kondominium di Jalan Ampang.

“Selepas cik muda turun, tuan muda suruh saya meninjau keadaan cik muda, tapi dia minta saya duduk di tepi memerhatikan dari tangga,” katanya

Berikutan tidak tahan dengan nasib malang menimpa anaknya, Maziah menghantar surat terbuka berbentuk pesanan kepada Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Antara kandungan surat itu menyebut, dia tidak menghalang persahabatan anaknya seperti didakwa Remy sebagai hubungan antara dua darjat, sebaliknya mempersoalkan tindakan aktor popular itu memukul anak kesayangannya.

Keluarga Ummi juga membuat laporan polis pada awal pagi 5 Disember dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri.

Sebelum insiden pukul itu, Remy dikatakan bertengkar dengan Ummi hingga menyebabkan kecederaan pada aktres remaja terbabit, sebelum pelakon berkenaan dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya pada malam keesokannya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Remy mengenai surat yang dihantar ibu Ummi kepadanya gagal kerana talian telefon bimbitnya dimatikan.
--

Wednesday, December 16, 2009

Koleksi Gambar Haiwan2 Kecil






















Perkahwinan Zuraida & Ariff Ariza

di lobi dewan....menunggu pengantin....

laki aku tggu kejap je....bukan leh nunggu lama2 lelaki ni....

pengantin duk atas pelamin lagi....tak boleh nak tggu nak bergambar ngan pengantin..bergambar ngan 'benda' ni pun jadilah...

ni masa pengantin baru naik....

iderq jalan control giler..haha....senyum2 macam tak tahan nak gelak...kalu ari biasa harus die mengilai....


akhirnya..orang yang aku nak jumpe setelah 9 tahun berjaya aku temui..makin 'comel' si meuthia bahiyah ni...ni roomate masa kat kmpp...si iderq tu ialah jiran depan bilik...tp asyik melepak kat bilik aku....tu yg leh kenal dan aku sanggup g wedding die walaupun aku duk kmpp hanyalah satu setengah bulan....

pastu g kenduri...aku duk tercongok tggu laki aku main gym kat presint 8...

sebelum balik terengganu..wat balik adik aku ngan anak die...amik kat cheras....berjaya mengumpulkan 4 org sepupu ni...nur qistina....muhamad farhan...dhia syamimi...dan hurul ain....


p/s:sori iderq..xdapat nak jumpa ko....ingat nak tggu..tapiiii........paham2 jelah....
p/s2:ko nampak comel sgt...tak nampak pun lemak2 yang ko risaukan.....hehe...
p/s3:tahniah...semoga kekal bahagia hingga ke syurga....

Tuesday, December 8, 2009

Menstrual Cycle


apa yang aku paham dan tahu pasal gambarajah ni...:

1-patut la ada strip test LH yang dijual untuk cek waktu subur sbb hormon LH akan sangat tinggi pada hari ke 14 (berlaku ovulasi/pembebasan telur jika kitaran haid anda 28 hari lah). aku ni kitaran 30 hari.

result aku untuk hari ke 5 kitar haid ialah:

PRL=11.1ug/L
FSH=6.7 IU/L
LH=6.4IU/L

(result aku ni ok ke tak ek?rasa cam ok je...)

nanti hari ke 21 kitar haid..aku kena buat PRG plak...

2-PRG akan tinggi pada hari selepas ovulasi hingga seterusnya.

Monday, December 7, 2009

KB Mall dirempuh kereta






































KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, petang semalam.


Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.


Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila jenis kereta Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskulator di tingkat dua.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskulator serta terhempap di aras bawah.

“Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskulator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesannya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.


“Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah eskulator yang bergerak di aras bawah.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Mohd Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskulator berkenaan, “Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik dicelah eskulator tersebut.


“Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar,” katanya.


Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.

Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan…