I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 1, 2009

Apakah Yang Di Seludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin,

Dekan Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.

Sesungguhnya segala pujian untuk Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan daripada-Nya, meminta keampunan-Nya, meminta petunjuk-Nya dan kami meminta perlindungan dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan amalan-amalan kami yang buruk. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia terpimpin dan sesiapa yang disesatkan Allah maka tiada yang dapat memimpinnya. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Semoga Allah menselawati Baginda, kaum keluarga dan para sahabat Baginda.


Sesungguhnya sejarah mana-mana umat merupakan gambaran yang jelas bagi kehidupan, tradisi, kepercayaan, ilmu dan kebudayaan mereka. Lembaran-lembaran sejarah mereka itulah yang mengungkapkan cita-cita dan matlamat mereka. Sesungguhnya sejarah Islam adalah manifestasi yang paling jelas tentang apa yang kita nyatakan tadi.

Sejarah Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa sama ada dari sudut kuantiti ataupun kualiti. Dari sudut kuantiti, sejarah Islam lebih luas setakat yang diketahui oleh umat manusia sehingga ke hari ini. Ini kerana ia memiliki sejarah khalifah-khalifah, gabenor-gabenor, para ilmuwan, kadi-kadi dan panglima-panglima.

Semua itu dicatit dengan jelas dan amat teliti di samping merakamkan penaklukan-penaklukan yang besar yang telah dilakukan oleh orang-orang Islam di timur dan barat yang sentiasa maju dan terkehadapan dari semasa ke semasa. Selain itu, sejarah Islam meliputi ilmu-ilmu, sirah kehidupan yang terpuji, sumbangan-sumbangan mereka yang berjasa dari kalangan umat ini.

Dari sudut kualiti, sejarah Islam berasaskan kepada periwayatan dan nukilan orang-orang yang adil, thiqah lagi dipercayai cerita-cerita mereka sehingga tidak ada ruang untuk rekaan dan pendustaan dan faktor ini tidak ada dalam sejarah mana-mana umat lain. Sejarah Islam telah memberikan perhatian yang khusus terhadap periwayatan, dokumentasi dan hafalan. Para ulama telah menekuni riwayat sejarah dan menganalisa dan mengkritiknya. Mereka saling berlumba-lumba dalam hal ini dan menjadikan perpustakaan Islam sarat dengan kitab-kitab sejarah bagi setiap zaman dan generasi umat ini.

Dalam pada itu, musuh-musuh Islam melupakan kekuatan dan kekuasaan Islam serta tersebarnya Islam dengan pantas menyebabkan mereka terkejut dan hairan.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Islam dengan pedang secara terbuka, mereka memeilih beberapa cara dan kaedah untuk menghapuskan dan menghancurkan Islam. Bid`ah Syi`ah adalah merupakan bid`ah pertama yang dibangunkan untuk matlamat ini dan tipu daya pertama yang diaturkan di sebalik tabir ini. Inilah fitnah terbesar yang dirancang untuk menentang Uthman bin `Affan iaitu khalifah ketiga dan salah seorang sepuluh sahabat yang dijamin syurga.

Fitnah ini bermula dengan rekaan dan penyebaran berita-berita palsu atau diriwayatkan bukan dengan caranya yang sahih supaya dapat menarik dan mengumpulkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Akibatnya berkesudahan dengan kesyahidan Uthman sebagaimana yang disebutkan dengan terperinci di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah.

Penjahat yang merancang dan melaksanakan fitnah ini ialah Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi. Kemudian setelah Uthman syahid, golongan Rafidhah mendapat peluang yang sesuai untuk menimbulkan kekacauan yang berlaku kemudiannya. Perkara ini dibuat untuk mencipta dan menyebarkan riwayat-riwayat palsu tentang keburukan sahabat dan perselisihan yang berlaku di kalangan mereka lalu menggambarkan mereka dengan cara yang tidak benar.

Penulis di sini tidak bertujuan untuk mengkritik kekarutan dan kepalsuan yang ditaburkan oleh Syi`ah di dalam kitab-kitab sejarah Islam kerana itu adalah natijah kebencian dan kejahatan terhadap sahabat yang tersembunyi di dalam hati mereka. Begitu juga serangan terhadap pemimpin-pemimpin Islam. Apatah lagi kitab-kitab Syi`ah bersepah dengan makian dan celaan terhadap sahabat. Hakikat ini sememang terang-terang batil. Tidak halal kepada sesiapapun untuk membaca kitab-kitab ini kecuali dengan maksud untuk melihat kebatilan itu dan menyanggahnya seterusnya memberi peringatan kepada orang lain.

Penulis di sini bertujuan untuk mengkaji penularan kejahatan Syi`ah ke dalam kitab-kitab sejarah Islam sama melalui perawi yang bermuka-muka dengan menzahirkan ketakwaan dan keadilan tetapi menyembunyikan fahaman Rafidhah atau dengan cara berfahaman Syi`ah yang sederhana yang periwayatannya itu diterima oleh kebanyakan ahli ilmu jika dia tidak taksub dan menyeru kepada bid`ahnya.

Kadang-kadang ahli sejarah seperti Ibn Jarir meriwayatkan daripada perawi-perawi yang terkenal dengan tasyayyu` tetapi beliau menyebutkan sanadnya supaya kedudukan perawi-perawi itu diberi perhatian.

Ini tidaklah menyebabkan Ibn Jarir tercela selagi beliau tetap menukilkan berita-berita tersebut dengan sanad-sanadnya dan menyerahkan kepada para pembaca yang tajam pemikiran menilai dan menyaringnya. Di muqaddimah tarikhnya itu,[1] Ibn Jarir menulis:

“Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya pegangan saya bahawa setiap perkara yang saya sebutkan dalam kitab ini adalah mengikut syarat yang saya beriltizam dengannya iaitu meriwayatkan berita-berita sebagaimana ia telah diriwayatkan dan saya hanya menyebutkannya sahaja.

Apa yang terkandung dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa benci atau pendengar merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu hakikat. Oleh itu, hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan seperti yang dibawakan kepada kami.”

Malangnya penulis yang datang selepas Ibn Jarir al-Tabari membuang sanad-sanad ini lalu menghimpunkan kesemua riwayat demi untuk meringkaskan. Kemudian orang-orang kemudian terutamanya penulis zaman ini menukilkan riwayat-riwayat ini dan menyandarkan kepada kitab-kitab sejarah tanpa membezakan anatara yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah dan perawi-perawi yang berfahaman Syi`ah, antara berita-berita yang jelas sahih kerana nukilan perawi-perawi thiqah yang saling menyokong dan menguatkan dan berita-berita yang jelas kebatilannya seperti keburukan sahabat dan fitnah yang berlaku di kalangan mereka yang disepakati oleh ulama hadis tentang kebatilannya.

Keadaan semakin parah sejak akhir-akhir ini kerana kemunculan Saba’iyyah baru dengan rupa lain dan golongan orientalis Yahudi dan Kristian. Mereka ini menemui riwayat-riwayat Syi`ah yang bertaburan di dalam sejarah sebagai bahan-bahan yang segar untuk memburukkan sejarah Islam yang gemilang.

Mereka mengabui mata orang ramai dengan mendakwa sebagai pengkaji yang teliti berasaskan metode ilmiah. Sedangkan sebenarnya mereka adalah pembohong. Penyelidikan mereka tidak lebih daripada mengambil beberapa riwayat Syi`ah lalu diolah dalam bentuk yang buruk dengan melakukan tambahan dan pengurangan di sana sini mengikut matlamat mereka yang keji. Akhirnya mereka akan berkata: “Sila rujuk Tarikh al-Tabari atau Tarikh Ibn al-Athir.”

Dalam pada itu ramai dari kalangan sejarawan dan professor sejarah hari ini yang terpedaya dengan pembohongan dan pendustaan mereka. Sebenarnya adalah satu pengkhianatan terhadap agama ini jika sejarah sendiri diambil daripada musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani yang lebih dikenali sebagai orientalis.

Dalam hal ini, penulis tidak lupa untuk menyebutkan usaha gigih yang dicurahkan oleh ulama bagi membendung riwayat-riwayat batil itu sama ada dengan penulisan sejarah yang berasaskan kepada riwayat yang diakui thiqah di samping mengakui dan menginsafi kemuliaan dan ketinggian kedudukan para sahabat, atau juga penulisan yang khusus dengan riwayat-riwayat tersebut atau kajian yang terselit dalam penulisan yang membincangkan topik tertentu.

Ini boleh didapati dengan banyak, sama ada sudah diterbitkan atau masih lagi dalam bentuk manuskrip, dan, inilah yang paling banyak. Antara kitab yang ditulis dengan cara pertama dan telah diterbitkan ialah al-Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir, seorang tokoh yang tampil menentang Syi`ah dengan kajian-kajian beliau yang ilmiah dan terperinci . Beliau amat kritis dalam kritikannya. Di samping itu, beliau menonjolkan keutamaan dan kelebihan para sahabat walaupun tidak disetujui oleh Syi`ah.

Contoh penulisan dalam bentuk kedua ialah kitab al-`Awasim min al-Qawasim karangan Abu Bakar Ibn al-`Arabi dan contoh bagi bentuk ketiga seperti perbahasan-perbahasan yang berselerakan di dalam kitab-kitab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi, Ibn Hajar dan lain-lain. Usaha-usaha tersebut walaupun mempunyai beberapa pendekatan namun tetap penting dan saling melengkapi. Itulah yang telah dilaksanakan oleh ulama salaf dan khalaf dengan baiknya.

Apa yang tinggal sekarang ialah tugas para ilmuwan dan mereka yang peka kepada Islam di zaman ini. Tanggungjawab mereka ialah meneruskan usaha ke arah perbersihan dan pemurnian timbunan-timbunan riwayat tersebut. Alim ulama kita telah menjelaskan tentang pembohongan dan pendustaan riwayat-riwayat Syi`ah dan tidak ada cara lain selain dari menghapuskan kesemuanya itu dari lembaran sejarah.

Sesungguhnya jika orientalis, Yahudi atau Kristian atau anak didik mereka merasa senang dan selesa untuk terus menggunakan riwayat-riwayat batil yang menggelapkan lembaran sejarah Islam maka tidak harus sama sekali bagi orang Islam merestui kotoran yang terpalit pada sejarah umat dan agamanya.

Adalah menjadi kewajipan institusi yang tertentu di dalam dunia Islam untuk mewujudkan kuarantin-kuarantin ilmiah yang halus untuk menyingkirkan riwayat-riwayat yang ditimpa wabak Syi`ah itu dan mengemukakan kepada sejarah Islam kita dengan rupa yang bercahaya dan bersinar setelah membersihkan dan menghapuskannya dari virus-virus Syi`ah yang kotor.

Begitu juga wajib kepada institusi tersebut untuk mengadakan sekatan syara` terhadap setiap orang yang bodoh yang lantang bersuara terhadap para sahabat. Ini juga merupakan usaha membantu agama Allah dan rasul-Nya dan melaksanakan kewajipan terhadap para sahabat sebagai generasi Islam yang terbaik, di dunia dan akhirat.

Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam Berkisar Dua Perkara:

Perkara Pertama:

Mencaci, memalsukan dan mereka-reka cerita yang memburukkan sahabat Rasululullah s.a.w. Tujuan mereka ialah menyerang Islam sendiri kerana sahabat itulah yang meriwayatkan Islam dan merekalah umat yang terbaik selepas Rasulullah s.a.w. bahkan merekalah anak Adam yang paling utama selepas para nabi.

Setelah mencacatkan kelebihan dan keutamaan para sahabat serta menjatuhkan para sahabat bererti menjatuhkan Islam sendiri, Ibn Taymiyyah menulis: “Inilah prinsip asas Syi`ah Rafidhah kerana orang yang mencipta fahaman Rafidhah itu seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya seorang munafik. Dia telah menaburkan kepada orang-orang jahil racun-racun yang mengancam asas Islam. Oleh kerana itu, Rafidhah merupakan pintu kemunafikan dan zindik yang paling besar.”

Beliau menulis lagi: “Serangan terhadap kurun yang terbaik yang mendampingi Rasulullah s.a.w. bererti serangan terhadap Baginda sendiri sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Malik dan para ulama yang lain.”

Kekarutan Syi`ah Rafidhah lebih tertumpu kepada sahabat yang paling utama iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman , dan kemudiannya dengan berani mereka menyerang sahabat lain yang terdiri dari kalangan mereka yang awal memeluk Islam dan sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Badar, Uhud, Bai`ah Ridwan malah mereka yang membela Rasulullah s.a.w. semasa senang dan susah.

Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap sahabatnya seperti Talhah, al-Zubair dan sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Bukan setakat itu sahaja, mereka berani mencerca isteri-isteri Rasulullah s.a.w. terutama `Aishah dan Hafshah dan akhirnya mereka mengecam keseluruhan Bani Umayyah dengan kutukan dan makian.

Perkara Kedua

Melampau dalam menyanjung Ahli Bait dan mereka mengkhususkan Ali, Fatimah dan keturunan mereka berdua. Lalu mereka mencipta dan meletakkan riwayat batil yang memuji Ahli Bait dan mendewa-dewa mereka sehingga ke tahap menyifatkan mereka dengan perkara yang tidak layak dengan mereka serta mengaitkan beberapa pendirian dan amalan yang tidak sesuai dengan keutamaan dan ketinggian kedudukan mereka.

Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`Ah

Di sini, penulis akan menyebutkan beberapa riwayat yang disebarkan Syi`ah dalam sejarah dan penulis akan menyebutkan kebatilannya serta mengemukakan riwayat yang sahih yang menyanggahinya.

Syi`ah mendakwa Ali tidak membai`ah Uthman dan sebahagian mereka pula mendakwa Ali membai`ah tetapi secara terpaksa. Bagi menyokong dakwaan itu, mereka mencipta sebilangan berita yang palsu dan dusta. Sebelum pergi kepada riwayat palsu mereka itu dan sebelum menyebut kesimpulan peristiwa bai`ah serta syura dengan sanad yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan thiqah, penulis ingin mengemukakan beberapa perkara:

Tatkala Umar ditikam, beliau telah menjadikan khilafah selepas beliau sebagai syura yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang diredai oleh Rasulullah s.a.w iaitu Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-`Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Sa`ad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin `Auf. Beliau menyerahkan urusan khilafah kepada enam sahabat ini untuk melantik salah seorang mereka sebagai khalifah.

Urusan tersebut dapat disempurnakan dengan pemilihan Uthman lalu beliau dibai`ah oleh ahli Syura yang lain termasuklah Ali serta kesemua Muhajirin dan Ansar tanpa bantahan dan teragak-agak. Peristiwa ini adalah sahih melalui beberapa sanad yang masyhur di dalam kitab-kitab sejarah yang muktabar dan diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, di dalam sahihnya[2] daripada Amar bin Maimun dan menyebutkan cerita tersebut dengan panjang lebarnya antaranya ialah: Para sahabat berkata: Wahai Amirul mukminin, wasiatkanlah siapakah yang akan menggantikan. Umar menjawab: Saya tidak dapati orang yang lebih layak dengan urusan ini selain daripada mereka yang Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap mereka.” Lalu Umar menamakan Ali, Uthman, al-Zubair, Talhah, Sa`ad dan Abdul Rahman. Umar berkata: Biarlah Abdullah bin Umar menjadi saksi, tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hak dalam jawatan ini (seolah-olah ucapan takziah kepada anaknya).

Kemudian Imam al-Bukhari mengemukakan wasiat Umar kepada rakyatnya dan kisah pengkebumiannya. Al-Bukhari menyebutkan lagi: Apabila selesai pengkebumian, enam orang sahabat tersebut berkumpul. Abdul Rahman berkata: “Serahkan urusan kamu ini kepada tiga orang sahaja.” Al-Zubair berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Ali.” Talhah berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Uthman.” Sa`ad berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Abdul Rahman bin Auf.” Abdul Rahman berkata: “Siapa antara kamu berdua yang menarik diri, saya akan menyerahkan jawatan ini kepadanya. Allah dan umat Islam menyaksikan kita. Demi Allah, Dia akan memerhatikan yang terbaik di antara mereka.” Kata-katanya itu menyebabkan Ali dan Uthman terdiam. Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu mahu menyerahkan urusan ini kepadaku? Allah menjadi saksi ke atasku bahawa aku tidak akan cuai dalam memilih yang terbaik di antara kamu.” Ali dan Uthman berkata: “Baiklah kalau begitu.” Abdul Rahman memegang tangan Ali sambil berkata: “Engkau mempunyai hubungan kerabat dengan Rasulullah s.a.w. dan telah lama memeluk Islam sebagimana kamu maklum. Allah menjadi saksi kepadamu, sekiranya aku melantikmu, engkau pasti akan berlaku adil. Kalau aku lantik Uthman, pasti engkau mendengar dan mematuhinya.” Kemudian Abdul Rahman membawa yang seorang lagi (Uthman) ke tempat sunyi lalu berkata seperti yang dikatakan kepada yang tadi (Ali). Apabila dia telah berjanji begitu, diapun berkata: “Angkat tanganmu wahai Uthman.” Lalu Abdul Rahman membai`ahkan Uthman dan Ali turut juga membai`ahkannya. Setelah itu, orang-orang yang berada di kawasan itu masuk dan memberikan bai`ah kepada Uthman.

Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tentang bai`ah Uthman yang dilakukan oleh Ali bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Inilah berita yang sahih dalam kitab-kitab hadis yang muktabar dan disebutkan juga oleh kebanyakan ahli sejarah yang dipercayai.

Namun begitu, Rafidhah menyebarkan beberapa kepalsuan bahawa Ali menangguh-nangguhkan atau dia telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Abdul Rahman bin `Auf. Riwayat ini telah disebutkan di dalam kitab-kitab sejarah antaranya ialah riwayat al-Tabari[3] dengan sanadnya daripada Umar bin Maimun al-Audi dan beliau menyebutkan apa yang berlaku tentang syura dan bai`ah. Antara yang disebutkan dalam riwayat itu ialah: “Ali berkata kepada Abdul Rahman: Kamu akan merangkak buat selama-lamanya. Ini bukanlah kali pertama kamu semua berpakat untuk menentangku…”

Sanad yang disebutkan oleh al-Tabari terdapat beberapa `illah (penyakit) dan tidak boleh dijadikan hujah di sisi ulama hadis. Antara perawi sanad ini ialah Abu Mihknaf. Namanya ialah Lut bin Yahya, seorang Syi`ah. Di dalam Mizan al-I`tidal, al-Zahabi menulis[4]:

“Dia seorang tukang cerita yang lemah dan tidak boleh dipercayai.”

Ibn `Adi mengatakan: “Dia merupakan Syi`ah yang hangus (tulen atau pekat), pembawa cerita-cerita mereka (golongan Syi`ah).”

Kemudian al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al-Miswar bin Makhramah dan menyebutkan tentang syura dan bai`ah Uthman, katanya: Orang ramai mula membai`ah Uthman dan Ali bertangguh. Lalu Abdul Rahman membacakan ayat: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-Fath: 10). Ini membuatkan Ali mula membelah barisan orang ramai sehingga beliau dapat memberi bai`ah seraya berkata: “Tipu daya, memang tipu daya.”

Dalam sanad riwayat al-Tabari ini terdapat Abdul Aziz bin Abi Thabit. al-Zahabi menulis berhubung dengannya, al-Bukhari berkata: “Hadisnya tidak boleh ditulis.” Al-Nasa’i dan lain-lain berkata: “Dia adalah matruk (ditinggalkan). Uthman bin Sa`id berkata: Saya bertanya kepada Yahya: “Bagaimana dengan keadaan Abi Thabit Abdul Aziz bin `Imran? Jawab Yahya: “Dia tidak thiqah. Dia hanya memiliki syair walaupun berketurunan Abdul Rahman bin Auf.”

Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam Tahzib al-Tahzib[5]: “al-Husani bin Hibban menukilkan daripada Yahya: “Saya melihatnya (Abdul Aziz) di Baghdad. Dia sering memaki orang ramai dan menuduh-nuduh keturunan mereka. Hadisnya tidak mempunyai apa-apa nilai.”

Pada pendapat penulis, Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat daripada Abdul Aziz setelah menyebutkan riwayat yang lalu. Mala petaka yang lain ialah beliau menafsirkan kata-kata Ali dalam riwayat yang lalu yang menyebutkan: “tipu daya, tipu daya” sebagai penipuan dari pihak Amar bin al-Ash dan menyebutkan bentuk penipuan yang kita tidak sanggup untuk menyebutkannya kerana kejelikannya.

Riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya kebanyakannya ialah penyebaran jahat Syi`ah Rafidhah terhadap sejarah. Penulis ingin mengingatkan bahawa kebanyakan penulis sejarah pada zaman ini terpedaya lalu menyebutkannya tanpa sebarang kajian dan kepastian. Semoga Allah membalas usaha baik Ibn Kathir. Beliau telah menyebutkan peristiwa Syura dan bai`ah Uthman di dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-Nihayah dengan panjang lebar dan beliau tidak mempedulikan riwayat-riwayat yang karut itu. Bahkan setelah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih beliau mengulas: “Berita yang dinukilkan oleh kebanyakan ahli sejarah seperti Ibn Jarir al-Tabari dan penulis lain daripada perawi-perawi yang tidak dikenali bahawa Ali berkata kepada Abdul Rahman: “Kamu telah memperdayakanku. Sesungguhnya kamu melantiknya kerana dia adalah mertua kamu dan dia bermesyuarat dengan kamu setiap hari tentang urusannya. Dan Ali terlewat memberi bai`ah sehingga Abdul Rahman membacakan sepotong ayat al-Qur’an kepadanya: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-Fath: 10). Dan riwayat-riwayat lain yang menyanggahi riwayat-riwayat yang sabit di dalam kitab-kitab sahih. Kesemuanya itu adalah tertolak.

Wa Allah A`lam.

Malangnya ramai di kalangan ahli-ahli sejarah yang menukilkan riwayat-riwayat palsu itu tanpa sebarang saringan dan tapisan seperti Ibn Kathir.

Riwayat-Riwayat Syi`Ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.

Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh dengan barat.

Hakikat Pertama

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”

Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja.

Hakikat Kedua

Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing.

Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita.

Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

[1] Tarikh al-Tabari, jil. 1, hal. 8

[2] Sahih al-Bukhari, hal. 707 no: 3700

[3] Tarikh al-Tabari, jil 2 hal. 632

[4] Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 632

[5] Taqrib al-Tahzib, jil. 6 hal. 150
Posted by mohd suffian hj jaafar at 11:17 AM 0 comments
Tuesday, March 27, 2007
Al-Qaradawi Bercakap Tentang Syiah
Posted by mohd suffian hj jaafar at 11:29 AM 0 comments
Tuesday, March 13, 2007
Menjelajah Kubur Abu Lu'lu'ah


http://video.google.com/videoplay?docid=1775266764341707560&hl=en



Menjelajah kubur Abu Lu'lu'ah di Kashan Iran. Beliau ialah pembunuh Saidina Umar r.a. Pembunuhan ini adalah hasil dari konspirasi Farsi ... all » Majusi yang mahu cahaya Islam padam. Malangnya, pembunuh Umar r.a. ini disanjung dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyah. Mereka mengunjungi dan menghormati kuburnya kerana telah berjaya membunuh Umar r.a. Malah beliau digelar Baba Syuja'uddin (Sang pembela agama yang gagah berani).
Posted by mohd suffian hj jaafar at 12:13 PM 0 comments
Monday, February 19, 2007
The Death Of Imam Khomeini
Posted by mohd suffian hj jaafar at 10:56 AM 0 comments
Syiah
Posted by mohd suffian hj jaafar at 10:50 AM 0 comments
Saturday, October 14, 2006
MENYINGKAP KOMPLOT ISRAEL DENGAN IRAN DAN AMERIKA DENGAN IRAN
Oleh : DR. AHMAD AL-AFGHANI



Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan.

Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`ah Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai’immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: "Sesungguhnya Ibn Saba’ ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali." Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi.


Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba’ lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba’ lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman.


Oleh itu kita tidak merasa hairan terhadap kerjasama antara Yahudi dan Iran dari segi bantuan dan persenjataan. Di sini kami kemukakan beberapa contoh kerjasama itu:


Syimitiz dari syarikat Balijiah (BRB) pada 2 Januari 1985 telah mendedahkan penjualan senjata Israel kepada Iran yang dianggarkan sebanyak 164 bilion dollar US dengan pertukaran minyak Iran.


Pada bulan Disember 1980 majalah berbahasa Perancis PBD telah mendedahkan bahawa sejak awal peperangan Iran-Iraq lagi Iran menerima senjata Israel. Akhbar al-Ra’y al-Am juga mendedahkan kenyataan ini ekoran meletupnya kapal terbang Argentina yang membawa senjata dari Tel Aviv ke Tehran melalui Qabras.


Akhbar al-Ra’y bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab".


Sumber maklumat Perancis menegaskan sejumlah Yahudi Iran memasuki Palestin melalui Viena dengan nisbah 600 orang Yahudi setiap minggu. Dianggarkan bilangan Yahudi yang berpindah ke Amerika dan Palestin melalui Norway seramai 9000 sejak tahun 1983.


Simon Peres mempertahankan penjualan senjata Israel kepada Iran dan menyatakan bahawa Iraq lebih berbahaya daripada Iran.


Sekumpulan pegawai senjata udara Israel telah mengadakan kontrak dengan Tehran dengan gaji yang mencecah 10 000 dolar Amerika bagi setiap orang melalui Namrudi, pedagang senjata Yahudi yang merupakan atase tentara Yahudi di Tehran.


Pada 14 Febuari 1983, iaitu pada hari peringatan Khomeini mengambil alih pemerintahan, telah berlaku pertemuan yang mesra dan saling bertukar kucupan antara Rasfenjani dan rabai Yahudi Auril Davivy di bangunan majlis Syura. Rabai itu berkata: "Doktor-doktor dan tentera kita sekarang ini berada di barisan hadapan peperangan. Castro Nafin telah dipilih menjadi perwakilan Yahudi di Majlis Syura Iran. Dia menyatakan terima kasih kepada Iran sebagai mengingati kerjasama Parsi dan Yahudi di sepanjang sejarah.


Yahudi-yahudi Iran telah mendermakan 70 bilion riyal untuk kepentingan peperangan dengan Iraq.


Amerika dan Iran


Walaupun permusuhan yang dItunjukkan oleh Iran terhadap Amerika yang disifatkannya sebagai syaitan besar namun di sana ada hubungan yang erat dan mendalam antara Amerika dengan pemimpin-pemimpin Syi`ah sejak tahun 40-an lagi.

Di sana ada beberapa janji lama Amerika kepada mereka untuk mendirikan negara Syi`ah. Perjanjian-perjanjian ini diperbaharui ketika krisis Teluk yang terakhir kerana Amerika merasakan apabila tertegaknya sebuah negara Islam untuk Ahli Sunnah di salah sebuah negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria atau Iraq maka pasti pertubuhan-pertubuhan lain akan menyertainya. Ini akan mewujudkan bahaya besar terhadap Barat dan Israel. Justeru itu, menjadi kepentingan Amerika dan Israel untuk mendirikan Negara Syi`ah yang taksub seperti Iran untuk merealisasikan beberapa matlamat strategik untuk mereka dan juga Israel, antaranya ialah:


Mencurah sehabis-habisnya tenaga manusia dan material dalam siri peperangan antara Sunni dan Syi`ah sebagaimana yang berlaku antara Iran dan Iraq.


Menjadikan rantau Timur Tengah sebagai sumber utama industri senjata Amerika melalui peperangan-peperangan ini.


Menghalang penubuhan Negara Islam Sunni yang bersifat antarabangsa.


Mendorong Ahli Sunnah menyibukkan diri dengan Syi`ah supaya kedua-dua pihak mengabaikan kewujudan Yahudi di Palestin.


Menguasai sumber-sumber tenaga serantau seperti minyak dan lain-lain.


Memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat umum tentang ketaksuban dan perpecahan orang-orang Islam. Dengan itu mereka dapat menghalang manusia dari jalan Allah. Di samping itu bagi memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam.


Antara bentuk-bentuk kerjasama antara Amerika dan Iran ialah berita yang dilaporkan oleh Agensi Berita Perancis tentang kapal terbang senjata Amerika yang tiba di Tehran pada 14 September 1985. Amerika juga menghantar serangan roket-roket Hawk dari bumi ke bumi dalam tempoh yang sama. Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini sendiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran.


Walaupun wujudnya tekanan luaran antara Iran dan Amerika namun Iran merupakan sumber kedua terbesar minyak bagi Amerika sebagai balasan kepada bantuan Amerika yang mengantikan kemusnahan yang dilakukan oleh Iraq.


Oleh itu kita tidak menafikan wujudnya skandal-skandal yang berlaku seperti Irangate yang mendedahkan kerjasama persenjataan dan strategi antara Iran dan Amerika.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 1:02 PM 1 comments
Tuesday, September 26, 2006
SYIAH RAFIDHAH DI ANTARA KECUAIAN ULAMA & KEBINGUNGAN UMMAH
“Jika ulama syiah dulu mengatakan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman jahil tentang Islam, maka Khomeini juga menulis demikian di dalam Kasyf Al Asrar(ms 110-111).

Jika ulama syiah dulu mengkafirkan Saidina Umar, maka khomeini juga mengatakan demikian. Jika syiah dulu mengatakan Saidina Abu Bakr, Umar dan sahabat-sahabat yg lain memeluk Islam kerana motif politik dan inginkan kuasa, khomeini juga mengatakan demikian dalam Kasyf Al Asrar(halaman 114,edisi farsi) dan sampai mati khomeini tidak pernah menafikan apa yg ditulisnya sebelum ini walaupun dikritik dan ditegur oleh ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia.”

(Syiah Rafidhah Di Antara Kecuaian Ulama & Kebingungan Ummah, Maulana Mohd Asri Yusoff, ms 80)

Dipetik dari buku tulisan ulama Kelantan, Ust Mohd Asri Yusoff(lebih dikenali dgn panggilan Maulana Asri kerana beliau grad from Univ Darul Ulum, Lucknow, India di mana al Marhum Sheikh Abu Hassan Ali Al Nadwi menjadi Rektornya) di dalam bukunya SYIAH RAFIDHAH DI
ANTARA KECUAIAN ULAMA & KEBINGUNGAN UMMAH.

Buku ini cukup ilmiah dan padat dengan bermula dari pengenalan siapa syiah, sumber syiah, bukti penyelewengan syiah dan kritikan serta fatwa ulama sejak zaman dulu hingga sekarang.

Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:37 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 13
Kesimpulan


Al-Marhum Said Hawwa menyeru melalui risalahnya ini agar pemuda-pemuda yang bekerja untuk Islam tidak tertipu dengan Revolusi Iran dan strategi Khomeini yang menghidangkan kepada umat Islam sebuah model negara yang batil, mundur dan dipenuhi perhambaan sesama makhluk.

Beliau juga mengingatkan kita supaya tidak mengabaikan amaran-amaran Rasulullah SAW tentang kemunculan Dajjal bersama Yahudi dari Asfahan dan Khurasan sebagaimana yang tertera di dalam beberapa buah hadith sahih di dalam Sahih Muslim dsb.


Penutup


Said Hawwa membawa pembaca supaya menilai Surah Al-Fatihah yang memulakan perbicaraan dengan masalah aqidah, kemudian ibadah dan seterusnya barulah sistem hidup. Ini menjadi dalil bahawa sistem hidup yang betul adalah kesan daripada ibadah yang sahih dan aqidah yang benar.
Kerana itulah kita menekankan soal aqidah sebagai keutamaan. Segala yang dibawa oleh Khomeini adalah bertentangan dengan usul Ahli Sunnah wa Al-Jamaah. Oleh yang demikian menjadi tugas pada ahli Islah umat supaya membuka mata masyarakat tentang kemerbahayaan Khomeinisma.
Iran mesti disucikan semula kepada aqidah yang benar. Membantu Khomeinisma dan Khomeini adalah pengkhianatan kepada Allah, Rasul dan sekalian mukmin. Sesungguhnya Syiah adalah penyokong kepada tentera Tatar, dan Moghul, tentera Salib dan Kufar. Mereka membantu sesiapa sahaja yang menentang umat Islam dari kalangan Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, dan sejarah sepanjang zaman membuktikannya.

Sebagai penutup, Said Hawwa membuat kesaksian di hadapan Allah, bahawa (dengan penjelasan terhadap semua hakikat yang telah disebutkan di dalam risalah ini) sesungguhnya beliau melepaskan diri dari Khomeini dan Khomeinisma serta sesiapa sahaja yang menyokong, membantu dan bekerjasama dengannya. Sesungguhnya ya Allah, hambaMu ini juga memohon taufiq agar diselamatkan dari Khomeini dan Khomeinisma,
Amin.

Wa Sallahu ‘Ala Sayyidina Muhammad wa ‘Ala Alihi wa Sahbihi wa Sallam
Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:27 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 12
Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka.

Catatan paling hitam peperangan Iran – Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata.

Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara. Tidak hairanlah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah yang
mewakili sejumlah besar penduduk Iran, ditindas dengan begitu kejam, dinafikan hak mereka dan disekat dari berperanan sebagai insan yang berkerakyatan penuh.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan
memberikan kemaslahatan kepada mereka.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:23 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 11
BAB 2 (PENDIRIAN-PENDIRIAN GANJIL KHOMEINI)


Said Hawwa memulakan bab ini dengan menghuraikan tentang latar belakang pertembungan Sunni dan Syiah di dalam Sejarah Islam.

Memetik kata-kata Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908),
“Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya...”

Kita mengharapkan agar kedua belah pihak, antara Sunni dan Syiah saling memahami hakikat tersebut supaya peperangan dan permusuhan tidak kembali mengambil tempat.

Akan tetapi Khomeini telah menjadikan permusuhan itu sebagai suatu kewajipan di pihaknya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam.

Sejarah juga telah memperlihatkan pengkhianatan Syiah Safavid bekerjasama dengan Belanda menentang Khilafah Othmaniyyah. Bahkan sebelum itu, mereka telah memainkan peranan menjatuhkan Khilafah Abbasiyyah di Baghdad.

Pengkhianatan berterusan di zaman Salahuddin Al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiyyah. Dan kini kesinambungan permusuhan dan pengkhianatan itu berterusan di zaman Khomeini.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:15 PM 0 comments
Wednesday, September 13, 2006
KHOMEINI DAN SYIAH 10

Sikap Melampau Terhadap Fatimah Az-Zahra’

Sesungguhnya kecintaan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap Fatimah Az-Zahra’ merupakan sejuzuk daripada kecintaan terhadap bapanya SAW, suami dan anak-anaknya. Tetapi kecintaan itu tidaklah mendorong kepada menisbahkan beliau dengan apa yang tidak sepatutnya dinisbah.

Akan tetapi Khomeini telah mengangkat Fatimah RA kekedudukan yang lebih tinggi daripada Anbiya’ AS. Didalam khutbah beliau yang disampaikan di HusainiahJamaran 2 Mac 1986 sempena Hari Wanita (iaitu hari kelahiran Saidatina Fatimah Az-Zahra’ RA), beliau telah membuat ulasan berhubung dengan sebuah riwayat yang terdapat di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini tentang Fatimah RA. Riwayat tersebut menyebut sesungguhnya Fatimah Az-Zahra’ hidup selepas kewafatan ayahnya selama 75 hari dan sepanjang tempohitu hidupnya penuh dengan kesedihan dan dukacita. Dalam tempoh itu juga Jibrail Al-Amin datang kepadanya untuk mengucapkan takziah serta menyampaikan beberapa perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. (rujuk Usul Min Al-Kafi juzuk 1 ms 240, Bihar Al-Anwar juzuk26 ms. 44 serta Basa’ir Ad-Darajat ms. 43). Khomeini mendakwa bahawa berkemungkinan kejayaan revolusinya di Iran adalah sebahagian daripada apa yang telah diberitakan oleh Jibrail kepada Fatimah Az-Zahra’!

Khomeini seterusnya menyambung lagi dakwaan bahawa turunnya Jibrail AS kepada seseorang bukanlah dakwaan yang boleh dianggap remeh kerana Jibrail AS menurutnya, tidak akan turun melainkan apabila berhasilnya kesesuaian antara roh dan ini hanya berlaku antara Jibrail AS dengan para Nabi. Khomeini juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan riwayat yang menceritakan tentang turunnya Jibrail kepada para imam. Oleh yang demikian, turunnya Jibrail AS ini kepada Fatimah Az-Zahra’ RA adalah merupakan kelebihan khusus buat Fatimah RA!
Posted by mohd suffian hj jaafar at 2:33 PM 0 comments
Tuesday, September 12, 2006
KHOMEINI DAN SYIAH 9
Pandangan Syiah Terhadap Ahli Sunnah wa Al-Jamaah

Syiah Imamiah menganggap mana-mana pihak yang tidak beriman dengan para imam dan kemaksuman mereka sebagai nawasib, musuh yang diharamkan baginya syurga.

Ibnu Babuweih Al-Qumi menyebut “… Iktikad kami pada seseorang yang mengingkari Imamah Amirul Mukminin dan para imam selepasnya bahawa dia itu berada pada kedudukan orang yang mengingkari kenabian pada nabi.

Dan iktikad kami pada seseorang yang memperakui Imamah Amirul Mukminin tetapi mengingkari Imamah salah seorang daripada para imam selepasnya, bahawa dia itu berada pada kedudukan orang yang beriman dengan kesemua nabi tetapi mengingkari kenabian Muhammad SAW.” (rujuk Al-I’tiqadat ms. 111 serta Bihar Al-Anwar juzuk 27 ms. 62).

Dengan kenyataan seumpama ini (yang turut dikemukan oleh ramai ulamak Syiah yang lain), menatijahkan keputusan bahawa Syiah Imamiah Al-Itsna 'Asyariah mengkafirkan kesemua kumpulan atau ‘firaq’ umat Islam yang lain termasuklah pecahan-pecahan Syiah lain yang berselisih pendapat dalam masalah Imamah kebanyakan imam mereka.

Oleh yang demikian, wajib bagi Syiah membezakan diri dari menyamai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Khomeini di dalam risalahnya bertajuk At-Ta’adul wa At-Tarjih membawa sebilangan riwayat yang melazimkan pengikutnya bercanggahan dan menolak persamaan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 4:30 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 8
Pendapat Yang Memperlekeh Kedudukan Rasulullah SAW

Tohmahan berlaku sama ada secara langsung mahu pun melalui tohmahan yang dikenakan kepada isteri-isteri Baginda SAW atau para sahabat RA juga melalui kritikan terhadap kesempurnaan risalah baginda SAW.

Khomeini merendah-rendahkan kedudukan Rasulullah SAW sebagaimana yang tersiar di dalam majalah Impact International (24 Ogos 1984) yang diterbitkan di London dan sebagainya.

Aqidah Syiah Menyalahi Ijmak

Ijmak mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai sumber ajaran Islam di sisi Ahli Sunnah wa Al-Jamaah (Surah An-Nisa’ ayat 115).

Rasulullah SAW juga telah bersabda, “Umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan”. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah menyebut, “…dan barangsiapa yang berhujah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak, maka diiktibarkan dia sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah…” ( rujuk Majmu’ Al-Fatawa Al-Kubra juzuk 3 ms. 348) .

Sedangkan Syiah pula mempunyai pandangan yang ganjil dan tersendiri berhubungan dengan ijmak. Di antaranya ialah seperti yang diterangkan oleh ulama besar mereka iaitu Ibnu Al-Mutahhir Al-Houli, “…ijmak itu dianggap sebagai hujah di sisi kami kerana ia meliputi pendapat imam kami yang maksum.

Oleh itu setiap jamaah sama ada besar atau kecil bilangannya , yang mana imam berada dan bersepakat dengan pendapat mereka,maka ijmak jamaah tersebut menjadi hujah dengan penyertaan imam berkenaan, dan bukannya menjadi hujah kerana ia ijmak.” (rujuk Tahdzib Al-Wusul ila Ilm Al-Usul ms. 70, cetakan Tehran 1308H).

Syiah juga berpendapat bahawa apa-apa sahaja pendapat yang menyalahi persepakatan awam (ijmak ummah yang tidak disertai oleh imam), maka pada percanggahan itulah terdapatnya petunjuk. Al-Kulaini menjelaskan bahawa, “…tinggalkanlah apa yang dipersetujui oleh kaum berkenaan (Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana sesungguhnya petunjuk itu ialah pada menyanggahi mereka!” (rujuk Usul Min Al-Kafi ms. 8, dan Wasa’il Asy-Syiah bab 18 ms. 80).

Khomeini sebagaimana Syiah yang lain turut menyanggahi ijmak sebagaimana yang kelihatan di dalam masalah nikah mut’ah. Penolakan ijmak oleh Syiah menjadi lebih mendalam apabila Khomeini mengaktakan mazhab Imamiah Itsna Aysariah sebagai mazhab rasmi di dalam perlembagaan Iran (fasal 12).
Posted by mohd suffian hj jaafar at 4:18 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 7
Pendapat Syiah Mengenai Para Sahabat R.A.

Kedudukan para sahabat RA di sisi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Keadilan mereka telah mendapat kesaksian dan pengiktirafan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran ( rujuk Surah At-Taubah ayat 100 dan Surah Al-Fath ayat 18). Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa para sahabat RA mesti dipandang dari dua sudut iaitu:

• Mereka tidak maksum dalam konteks individu sebagaimana kemaksuman yang Allah khususkan kepada para Anbiya’ dan Rasul. Oleh yang demikian, jika terdapat riwayat sahih yang membuktikan berlakunya kesilapan oleh mana-mana sahabat RA, maka ia tidaklah terkeluar dari perkara yang boleh berlaku di sisi syara’.

• Ijmak mereka adalah maksum dari kesalahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith “Umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan” serta hadith-hadith yang lain.

Riwayat-riwayat oleh para ulamak Syiah yang terdahulu dan semasa berhubung dengan masalah ini tidak mempunyai sebarang perbezaan. Kitab-kitab Syiah yang awal telah pun sedia penuh dengan tuduhan-tuduhan terhadap para sahabat RA.

Lihat sahaja Kitab Salim bin Qays (ms. 74-74), Al-Kafi (juzuk 2 ms. 244) , Rijal Al-Kasyi (ms. 6-9 dan 11), Tafsir Al-‘Iyasyi (juzuk 1 ms. 199), Al-Burhan oleh Hasyim Al-Bahrani (juzuk 1 ms. 319), Bihar Al-Anwar (juzuk 22 ms. 345, 351, 352, 440) dan sebagainya. Khomeini sendiri, memuji beberapa ulamak yang mempelopori riwayat jahat berkenaan di dalam bukunya Kasyful Asrar seperti Muhamad Baqir Al-Majlisi (digelar sebagai Khatimatul Muhaddithin oleh Syiah).

Bahkan Khomeini juga memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW ini sebagaimana yang kelihatan di dalam bukunya Kasyful Asrar. Misalnya, beliau telah menulis bab “Penyelewengan Abu Bakar Terhadap Al-Quran” dan bab “Penyimpangan Umar Al-Khattab dari Al-Quran” di dalam buku berkenaan. Usaha taqiyyah Khomeini di dalam bukunya Al-Hukumah Al-Islamiah tidak dapat membendung sangkaan jahatnya terhadap para sahabat.

Beliau secara halus cuba meyakinkan kita bahawa wasiat Rasulullah SAW telah dikhianati oleh para sahabat RA dengan tidak melantik Saidina Ali sebagai khalifah.


Posted by mohd suffian hj jaafar at 4:09 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 6
Syiah dan Sunnah Nabi SAW

Menjadi usul Syiah yang maklum, bahawa umat selepas kewafatan Nabi SAW telah menjadi murtad – Naudzubillah – kecuali tiga atau empat orang sahabat RA sahaja.

Ini menjadi dasar mengapa Syiah tidak menerima sebarang periwayatan yang datang dari para Sahabat RA. Pendapat ini meliputi kesemua kumpulan Syiah sama ada yang radikal, mahu pun yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh Asy-Syeikh Muhammad Hasan Ali Kasyif Al-Ghita’ di dalam kitabnya Aslul Syiah wa Usuluha di mukasurat 79. Begitu juga dengan pendapat Asy-Syeikh Husain bin Abdus Samad Al-Amili (984H) di dalam kitabnya yang masyhur Wusul Al-Akhyar Ila Usul Al-Akhbar.

Khomeini pula membuat tuduhan jahat terhadap Abu Bakar As-Siddiq RA dan Samrah bin Jandab RA yang kononnya mencipta hadith palsu demi kepentingan diri masing-masing. Beliau mendakwa hadith “Kami para Nabi tidak mewariskan harta bahkan apa yang kami tinggalkan
adalah sedekah” sebagai hadith palsu ciptaan Abu Bakar As-Siddiq untuk menzalimi Saidatina Fatimah Az-Zahra’! Na’udzubillah.

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para imam sebagaimana yang terdapat di dalam buku Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini.

Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ Syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan!

Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya “… Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi” ( rujuk kitab Al-Hukumat Al-Islamiah oleh Khomeini di ms. 13).


Bahkan muncul di kalangan Syiah gerakan menghentam sunnah Rasulullah SAW dengan lahirnya kitab-kitab jahat seperti tulisan Abdul Hussein Al-Musawi, dengan tajuk Abu Hurairah, buku yang menghina dan memfitnah Abu Hurairah.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 4:06 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 5
Penyelewengan Al-Quran Menurut Dakwaan Syiah.

Salah satu intipati pengajaran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah ialah Al-Quran sebagai sumber, terpelihara daripada penyelewengan sama ada berbentuk penambahan atau pengurangan.

Ia dijelaskan melalui firman Allah di dalam surah Al-Hijr ayat 9. Walau bagaimana pun, Syiah dahulu dan sekarang bersepakat bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran yang telah diselewengkan.

Riwayat-riwayat oleh Al-Kulaini di dalam kitabnya Usul Min Al-Kafi, Al-Majlisi di dalam kitabnya Mir’atul- ‘Uqul dan Bihar Al-Anwar dipenuhi dengan riwayat-riwayat yang menyokong aqidah ganjil ini.

Akidah ini muncul secara jelas pada kurun kedua hijrah, dipelopori oleh Hisyam bin Al-Hakam dan Syaitan At-Taq. Pendapat oleh ulamak Syiah di era klasik, dihidupkan kembali dalam bentuk yang lebih tersusun di zaman kerajaan Safavid (akhir kurun ke-13H) oleh Mirza Hussein An-Nuri At-Thabarisi (meninggal 1320H) di dalam kitabnya Faslul Khitab fi Itsbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab yang mengumpulkan kira-kira 1062 riwayat yang kononnya membuktikan
betapa Al-Quran telah terseleweng. Diterbitkan di Tehran pada tahun 1298H.

At-Thabarisi diberi pujian melambung oleh Khomeini di dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiah. Khomeini juga menganut tuduhan jahat ini sebagaimana yang kelihatan di dalam tulisannya Kasyful Asrar.

Beliau turut menuduh sahabat Rasulullah SAW mengeluarkan nas dari dalam Al-Quran mengikut kehendak dan kepentingan peribadi mereka.

Khomeini mendakwa bahawa dakwaan umat Islam tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian, sebenarnya juga tsabit dilakukan oleh para sahabat!

Ini adalah kufur yang terang (kufrun bawwah) dari Khomeini dan ia menafikan Islam secara keseluruhannya.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 4:01 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 4
BAB 1 (AQIDAH-AQIDAH GANJIL MAZHAB SYIAH ANUTAN KHOMEINI)

Di dalam bab ini, Said Hawwa memulakan perbahasan dengan membentangkan bab asal usul kemasukan aqidah yang syaz ke dalam pegangan Syiah. Pengaruh ajaran Majusi, Yahudi dan falsafah asing banyak terserap sehingga menjadi sebahagian daripada usul Syiah.

Mazhab Syiah Imamiah Itsna Asyariah (Imam 12) telah menghukum sesat aliran-aliran Syiah yang melampau seperti Al-Ismailiyyah dan An-Nusairiyyah sedangkan ia sendiri mendukung fahaman yang tidak kurang penyimpangannya.


Persoalan Imamah

Said Hawwa membandingkan konsep kemaksuman Imam yang menjadi usul Syiah, dengan sikap Yahudi dan Kristian terhadap paderi dan rahib mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 31.

Kemaksuman para Imam menurut kepercayaan Syiah menduduki martabat yang lebih tinggi daripada Nubuwwah sehingga mencetuskan syirik pada Uluhiyyah Allah SWT.

Konsep-konsep melampau berkenaan kelihatan di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, Aqa’id Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Ibnu Babuweih Al-Qumi, Awa’il Al-Maqalat dan Tashih Aqa’id Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Asy-Syeikh Al-Mufid dan sebagainya.

Manakala Khomeini pula mengukuhkan lagi konsep-konsep melampau ini sebagaimana kenyataan beliau di dalam kitabnya, Al-Hukumah Al-Islamiah.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:54 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 3
Persoalan kecintaan kepada Ahlul Bayt Nabi SAW menjadi tumpuan kerana penyalahertian makna cinta inilah yang memulakan perselisihan antara Sunni dan Syiah.

Beliau juga menghuraikan tentang sikap Khomeini yang menyalahi usaha sesetengah golongan Syiah yang cuba menjalankan kegiatan pendekatan Sunni – Syiah(di antaranya usaha melalui Majma’ Taqrib Mazhab).

Khomeini melalui penguasaannya di Iran telah mewartakan perselisihan dan seteruskan mengekalkan khilaf itu ke paras yang lebih kronik. Lantas dengan itu terbitnya beberapa hasil karyanya yang sungguh kontroversi seperti Kasyful Asrar dan Al-Hukumah Al-Islamiah.

Oleh itu, menjadi kewajipan ahli ilmu menerangkan hakikat ini kepada masyarakat agar kebenaran itu dapat disucikan daripada kecelaruan jahiliah yang batil.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:52 PM 0 comments
KHOMEINI DAN SYIAH 2
Namun, kemerbahayaan aqidah, siasah dan kesan sosial yang dibawa oleh Khomeini melalui revolusinya,menyebabkan para ulama sunni yang munsif tidak berlengah menyedarkan umat Islam tentang hakikat yang terselindung di sebalik gah Khomeini.

Di antara ulama yang segera bertindak ke arah itu ialah Al-Marhum Said Hawwa, seorang ulama dan daie yang terkenal dari Syria. Beliau telah pergi sendiri ke Iran untuk meninjau situasi di sana dan menilai sejauh mana Revolusi Iran benar-benar ‘Islam’.

Hasil kunjungan itu, buku kecil bertajuk Khomainiyyah – Syudzuz fi Al-‘Aqaid wa Al-Mawaqif terhasil. Bagi pembaca yang biasa menelaah buku karangan Al-Marhum kita akan dapati penulisan Said Hawwa di dalam buku kecilnya ini adalah dengan intonasi bahasa yang berbeza.

Beliau nampaknya begitu tegas dengan setiap butiran fakta dan perkataan yang dibentang, sesuai dengan kemerbahayaan ancaman Khomeini dan Khomeinisma itu sendiri.

Al-Marhum Said Hawwa telah membahagikan risalahnya ini kepada dua bab utama. Bab pertama membicarakan tentang keganjilan Khomeini dari aspek aqidah. Keganjilan itu bukanlah keganjilan yang terasing, bahkan ia adalah keganjilan aqidah ajaran Syiah itu sendiri, khususnya merujuk kepada Syiah Imamiah Itsna Asyariah yang menjadi mazhab rasmi Iran tatkala ini.

Manakala bab kedua pula membincangkan tentang keganjilan Khomeini di dalam prinsip dan pendirian politiknya.

Persoalan aqidah mendahului perbincangan mengenai politik, kerana aqidah adalah mizan mutlak yang dipakai dalam menilai soal benar atau tidak pegangan seseorang. Andaikata politik seorang tokoh itu hebat dan mengagumkan, tetapi berakar umbikan aqidah yang
menyalahi Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, maka ia kekal sebagai catatan yang kosong dari makna, jauh sekali dari kelayakan untuk diangkat sebagai qudwah.
Posted by mohd suffian hj jaafar at 3:44 PM 0 comments
Siri KHOMEINI DAN SYIAH 1
Ia berdasarkan buku karangan ulama Ikhwan Muslimin Syria yg dihormati, Sheikh Said Hawa bertajuk Khomainiyyah - Syuudzuz fi Al ‘Aqaid wa Al-Mawaqif

(KHOMEINI: KEGANJILAN PADA AQIDAH DAN PENDIRIAN).

Membahaskan tentang seorang tokoh yang dikenali ramai sentiasa mengundang kontroversi. Khomeini merupakan seorang figure yang bagi para penyokongnya, seorang tokoh ulung yang sentiasa dijulang dan dipuja.

Kejayaannya menjatuhkan regim Shah Iran melalui Revolusi Iran telah mengangkat Khomeini sebagai idola politik bahkan agama oleh mereka yang mengaguminya.

Walau bagaimanapun, politik abad ke-20 bukanlah suatumedan yang cetek sehingga analisa dan andaian boleh dibuat dengan mudah. Tidak semua yang dilihat dengan mata kasar merupakan hakikat yang tersurat lagi tersirat.

Adakalanya sebentuk kejayaan yang dicapai ketika masa berada dalam tekanan, menjadikan mereka begitu cepat menerima, tanpa banyak soal.

Lihat sahaja tindakan Ataturk memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara, merupakan tindakan siasah yang bijak. Ankara pada ketika baru sahaja dilanda krisis akibat kebakaran besar yang hampir memusnahkan bandar itu, menjadi sebab Ataturk disambut dengan sepenuh hati oleh penduduk tempatan.

Khomeini telah kembali ke Iran dari tanah buangannya di Perancis, membawa rakyat keluar dari kekejaman regim Shah Iran. Beliau tiba di Iran tepat pada masanya!
Posted by mohd suffian hj jaafar

No comments:

Post a Comment