I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 1, 2009

बंग्सा PALESTIN

BANGSA PALESTIN yang berketurunan Kan'aniyyah dari
Semenanjung Arab adalah bangsa pertama dikenali dalam sejarah
menduduki bumi Palestin sejak 4,500 tahun sebelum Masihi.
Penjajah Barat khususnya Britain dan Perancis merancang
penubuhan Negara Zionis Yahudi sebagai benteng untuk
memecahbelahkan dan melemahkan kesatuan umat Islam di Afrika dan
Asia selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah yang berpusat di Turki.

Penjajahan kini diteruskan oleh Amerika Syarikat, Britain dan
Kesatuan Eropah dengan memantapkan keganasan Zionis melalui
bantuan senjata dan dana selain menghancurkan Negara Afghanistan,
Iraq dan mengancam Syria dan Iran.

Negara Israel ditubuhkan pada 15 Mei 1948 setelah Britain
membenarkan penghijrahan bangsa Yahudi dari serata dunia melalui
perjanjian Balfour pada tahun 1917. Setelah peperangan Arab-Israel
pada 1948, Israel merampas 77% wilayah Palestin. Seterusnya dalam
peperangan 1967, Israel merampas keseluruhan bumi Palestin.

Sedangkan pada zaman penguasaan British (1917-1948) ke atas Palestin
hanya 2-3% sahaja bumi Palestin dikuasai Zionis Israel.
Kemerdekaan palsu yang diperolehi melalui perjanjian Oslo pada
1993 merupakan salah satu daripada rentetan penipuan dan konspirasi
Barat terhadap umat Islam. Usaha kuartet dan pelan damai "Road Map
to Peace" terus mengecewakan dengan penerusan pembinaan
penempatan haram Yahudi di atas tanah yang dirampas, pembinaan
tembok pemisah dan serangan demi serangan yang dilakukan terhadap
rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Kebangkitan perjuangan rakyat Palestin (Intifadhah) telah berlaku
pada 1987-1994 dan pada tahun 2000. Ia merupakan satu langkah
terakhir yang diyakini dapat membentengi pertahanan Palestin daripada
serangan Zionis.

Kini terdapat 3 juta pelarian dalam negara Palestin. Manakala 9
juta lagi menjadi pelarian di luar negara. Kira-kira 9,300 orang masih
terpenjara di tanah air sendiri di bawah cengkaman Zionis.
Kemenangan parti yang dipilih rakyat secara sah melalui
pilihanraya yang dipantau oleh Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan negara-negara dunia kini tidak
diiktiraf oleh mereka sendiri. Malahan sekatan ekonomi, perdagangan
dan perbankan dikenakan ke atas kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Hospital kekurangan ubat, pejabat kekurangan kertas, kedai kekurangan
bekalan dan dikhuatiri akan berlaku krisis dalam menjalani kehidupan
di bumi Palestin.

Sumbangan dana umat Islam dan masyarakat yang prihatin
terhadap keadilan, hak asasi manusia dan kesejahteraan sejagat amat
penting untuk kesejahteraan dan kesinambungan hidup rakyat Palestin.




Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com

No comments:

Post a Comment