I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 14, 2009

COPY PASTE DARI EMEL-Satu Altantuya, Pembohongan Didahulukan, Pengeboman Diutamakan

Satu Altantuya

Jika kerajaan Mongolia berpendapat keputusan mahkamah menunjukkan perbicaraan dan prosiding yang tidak adil dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seluruh negara itu akan menjadi "Satu Altantuya" yang mungkin mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke mahkamah antarabangsa sebagai saksi.

Sila baca berita berikut yang disiarkan Harakah edisi cetak dalam bulan November tahun lalu:
KUALA LUMPUR: Jika beliau dipanggil untuk memberi keterangan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan berhadapan dengan mahkamah antarabangsa jika kerajaan Mongolia membawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibu ke mahkamah tersebut.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, Menteri Hubungan Luar negara itu, Batbold Sukhbaatar mengingatkan, jika keputusan mahkamah menunjukkan perbicaraan dan prosiding yang tidak adil, kerajaan Mongolia mempunyai alasan yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah antarabangsa untuk membela hak dan kepentingan rakyatnya.

Dalam suratnya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, agensi berita Montsame melaporkan Satbold mengingatkan supaya Rais memberi perhatian kepada perbicaraan tersebut dan memastikan keputusan mahkamah bebas dari dari sebarang pengaruh politik serta pengaruh luar yang lain.

Menurut agensi berita itu, kerajaan Mongolia amat kesal dengan keputusan membebaskan Abdul Razak.

Kerajaan Mongolia juga, lapor Montsame, mengulangi penegasan bahawa ia sentiasa memberi perhatian kepada perbicaraan jenayah kejam itu.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Mongolia telah menghantar dua surat setiap seorang kepada rakan sejawatan mereka di Malaysia mengenai perbicaraan pembunuhan itu.

Abdul Razak sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua yang lain,Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu pada Oktober 19, 2006 di Puncak Alam, Shah Alam.

Pada 29 Jun tahun lalu, seorang saksi perbicaraan, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh Utusan Malaysia memberi keterangan seperti berikut dalam mahkamah:

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"

Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”

Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Laporan berkaitan juga dapat dilihat dalam berita Malaysiakini pada tarikh yang sama bertajuk "Najib seen with Altantuya".

Ketika diminta mengulas perkara itu, Najib dilaporkan berkata, ekoran kes itu masih dibicarakan di mahkamah, adalah tidak elok untuk sesiapa memberi komen.
Pembohongan Didahulukan

Berikut ialah tuduhan akhbar Liberation terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya ulangi, tuduhan:
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Apabila disebut tuduhan, ia belum tentu betul. Boleh jadi Arnaud Dubus yang tulis artikel itu adalah agen Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh A Voice di sini. Boleh jadi dia cakap betul. Jika A Voice cakap betul, kita harap sangat Najib akan buat seperti apa yang disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam posting blognya yang bertajuk "We should all come clean":
The BMF scandal of the 1980’s also had its share of lurid detail. There too a large sum of money and a murder was involved. An unseen hand had woven the threads of the story around me to destroy me politically. But when international newspapers alleged that I was involved in any wrongdoing, I took action against each and every one of them in their home jurisdictions.

I sued The Telegraph and The Sunday Times of the UK, and The South China Morning Post of Hong Kong. I won all three cases, the newspapers published unreserved apologies and printed retractions covering half a broadsheet page each, and I came away with a tidy sum of money for my trouble.
Kenapa Najib liat sangat nak buat seperti apa yang disarankan Razaleigh?

Kita harap sangat tuduhan si Dubus itu tak betul. Kita harap sangat Najib mengambil tindakan undang-undang ke atas Dubus, Liberation dan akhbar-akhbar lain di sini. Segeralah pancung kelancangan mereka wahai Perdana Menteri negaraku! Ambil tindakan undang-undang dan cincang kelancangan akhbar-akhbar itu di negara mereka sendiri seperti yang pernah dilakukan Razaleigh. Biar mampus tak hidup-hidup lagi dakwaan itu dan dengan tenang, lapang dan senang beliau boleh mencanang dan memenangkan agendanya - Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tak larat dah kita nak dengar orang tuduh yang bukan-bukan kepada Perdana Menteri negara kita. Kita mahu Perdana Menteri negara kita dilihat bersih (sila lihat soal selidik di atas sebelah kanan blog ini). Tak larat dah nak dengar orang asyik tanya, kalau nak bayar komisyen yang tak berapa duit kepada Altantuya pun pembohongan didahulukan, apa jaminan janji projek berjuta-juta dan berbilion-bilion kepada rakyat tiada pembohongan yang didahulukan? Itu pun belum lagi diambilkira janji-janji kononnya tak nak utamakan kekerasan seperti ISA dan cakap-cakap lain yang sedap-sedap sehingga rakyat berharap-harap.

Jika benar ada komisyen kepada Altantuya, kalaulah dibayar komisyen yang tak berapa duit sangat tu, tentulah tak perlu diutamakan pengeboman. Jika benar ada komisyen kepada Altantuya, apa bangangnya yang janji nak bagi lepas tu nak bohong pulak?! AS$500,000 pun nak tipu?!!

Pengeboman Diutamakan

Liberation dan si Dubus juga menuduh seperti berikut:
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Pihak pendakwa dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya juga menyatakan bahan letupan C4 digunakan dalam pembunuhan Altantuya. C4 adalah bahan letupan yang sangat eksklusif. Sedangkan, dalam perbicaraan kes Altantuya itu, Timbalan Komander Unit Tindakan Khas (UTK), Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff memberitahu mahkamah bahawa bahan itu tidak digunakan dalam UTK.

Jika benar C4 digunakan oleh dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar untuk meletupkan Altantuya, bagaimana mereka mendapatkannya? Adakah berlaku kecurian C4 dalam simpanan Kementerian Pertahanan? Jika berlaku kecurian, sudah adakah laporan kepada pihak berkuasa mengenai kecurian itu? Jika sudah ada laporan kepada pihak berkuasa mengenai kecurian C4, sudahkah siasatan dibuat? Jika dibuat siasatan, sejauh manakah siasatan itu? Jika siasatan telah selesai, apa hasil siasatan itu? Bahan C4 melibatkan isu keselamatan yang sangat sensitif. Mengapa semuanya tersembunyi dari pengetahuan umum dan tidak ada ketelusan?

Jika C4 tidak digunakan, mengapa tidak ada penafian rasmi dari pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan? Ini bukan penggunaan mercun katak. Seludup mercun katak pun diburu dan ditangkap polis. Adakah mercun katak lebih berbahaya dan sensitif dari C4?

Jika C4 tidak digunakan, mengapa kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Liberation yang mendakwa "Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan"?

Banyak lagi persoalan lain. Jenuh kalau nak tanya.

Tetapi, jika benar Altantuya naik histeria kerana hendakkan komisyennya yang dilaporkan hanya bernilai AS$500,000 dan tiga tiket penerbangan untuk balik ke Mongolia (alahaaaaiii! !), yang kelakar sangatnya, awat yang berkira sangat duit yang sangat ciput nilainya itu di sisi mana-mana broker senjata antarabangsa sehingga naik gila dan mengutamakan pengeboman?

Tak kiralah guna C4, plastic explosive (PE), stun grenade, detonater, detonater cord, thunderflash, CLC (Cutting Liner Charge) atau apa saja, awat yang gatai sangat nak mengganas dengan bom dek kerana kedekut tak bertempat?!!

Tengok, sekarang siapa yang menanggung malu? Bukan setakat Perdana Menteri negara kita, dengan kita-kita pun malu sekali. Malu sangat-sangat! !!

Menarik hari ini:
Umno 'khianati' Melayu/Bumi? Pengajaran buat Melayu/Bumiputera (Maruz)


Ihsan Malaysia Today 5/3/09



1 comment:

  1. Amat bagus sekali...

    Semua persoalan diungkapkan oleh penulis perlu diambil perhatian sewajarnya. Gagal lakukannya maka selama-lamanyalah semua rakyat Malaysia menanggung malu.

    Yang paling best, penyeludup mercun katak lebih bahaya dari pencuri C4...ha ha ha.....Lepas nie jangan harap nak main meriam buluh la...sebab lebih bahaya dari artileri dan pelancar roket ATM...ha ha ha ha ha.....

    ReplyDelete