I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 28, 2009

Manusia Paling Pintar di Dunia - Stephen Hawking







Kenali manusia paling pintar di dunia

10 Perkara menarik mengenai Stephen Hawking

1.Mendapat gelaran manusia paling pintar di dunia selepas saintis terkemuka Albert Einstein.

2. Beliau memegang jawatan Profesor Lucasion-Profesor Matematik di Universiti Cambridge iaitu jawatan yang pernah dipegang oleh tokoh saintis terkemuka-Isac Newton.

3. Beliau memiliki 12 jenis ijazah kepujian.

4. Bukunya bertajuk 'A Brief History of Time'(1998) sehingga kini telah diterjemah kepada 33 bahasa dan dijual sebanyak 9 juta naskhah

5. Kerana kepopularitiannya,watak Stephen Hawking pernah muncul dalam rancangan kartun terkenal Bart Simpsons dan juga siri televisyen popular Star Trek

6. Beliau memasuki Oxford ketika berumur 17 tahun

7. Penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) yang dialami oleh beliau ialah sejenis penyakit neuromuskular(neuro otot) yang secara perlahan melemahkan kawalan ototnya

8. Beliau yang kini berusia 60 tahun (1942)pernah diramalkan akan meninggal dunia pada usia muda iaitu sebelum beliau sempat menamatkan tesis ijazah kedoktoran

9 Beliau berkahwin dengan kekasihnya Jane Wilde dan kini mempunyai 3 orang anak dan seorang cucu

10.Beliau bergerak menggunakan kerusi roda. Selepas menjalani pembedahan untuk membantunya berrnafas pada 1985 sehingga menyebabkan beliau tidak boleh bercakap, beliau kini berkomunikasi menggunakan komputer.


No comments:

Post a Comment