I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 5, 2009

Kuih Cek Mek Molek

Ada banyak ubi keledek kat umah. baru terpikir nak buat cek mek molek. memandangkan resepinya sangat mudah....berkobar-kobar perasaan skang nak buat kuih...rasa mcm nak balik umah terus...haha...nak buat kuih....pose2 ni...nampak selera je sume....tp tak tau la kalu balik keje karang..dah penat..tak larat plak nak buat....kdg2 aku ni hangat-hangat taik itik je...




Bahan-bahan
:

5 biji ubi keledek (sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
50 gm gula pasir

1/4 cawan air
* sedikit garam *
Minyak untuk menggoreng


ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan planta,gula dan gandum sehingga menjadi doh. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

update: ni lah kueh cek mek molek versi pjah....tak berapa cantik...tapi rasanya....ehem..ehem...staff opis ckp bleh bukak gerai jual cek mek molek kat depan opis...haha....

1 comment: