I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 26, 2010

Blog Hina Kemangkatan Sultan Johor.

Dunia blogger digemparkan lagi dengan isu hangat blogger Aduka Taruna
yang menyerah diri di balai polis kerana mengandungi kata yang menghina
kemangkatan Sultan Johor.



Post asal di blognya telah yang bertajuk Dah mampos buat cara mampos la telah didelete.namun dari bantuan forumer historynya


Saya sebagai rakyat Johor berasa sedih dan marah juga apabila Sultan saya yang mangkat dikatakan’ mampos’ oleh mamat blogger ni, walau pun tidak dinyatakan secara direct.

Ini bukan kali pertama tetapi Arduka Taruna ini pernah juga menghina isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah R.A., menghina mazhab dan sebagainya.

Semoga apa yang berlaku kepada AdukaTaruna ini menjadi peringatan kepada saya dan rakan-rakan blogger dan netter yang lain. buat pengajaran untuk kita semua berpada lah bila memberi kenyataan sama ada
di blog..facebook maupun forum ..perasaan orang lain ahli keluarga
orang yang kita komen terutama orang yang meninggal perlu di ambil
kira…

Makan boleh sebarang makan…


Photos from Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna


Menghina Almarhum Sultan Johor.


HermanSamsudeen

Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;

“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos
sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak
(Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok
dalam dunia.”

dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat
mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada
gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi
tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir
bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara
mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan;

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum
bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai,
tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah
punya atau ulama punya? Niamakahai.”

DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan
fikrah yang kian tersesat. Jakim perlu bertindak dalam hal ini kerana
minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan
fikrah yang mengarut Aduka Taruna.


DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina Ulama’, keluarga Rasulullah dan Sultan. DPPWP menolak
penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut
kaedah perundangan yang lebih baik.

DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini.
Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara
sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya
mengikut hawa nafsu.



Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment