I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 25, 2010

Kenapa lah ada trend macam ni...

seingat aku...masa sekolah2 dulu aku dah baca pasal benda ni....penah baca hadis nabi yang kata akhir zaman nanti akan ada wanita memakai sanggul seperti bonggol unta....

masa tu..aku cuba bayangkan...eiii...buruknya kalau atas kepala ada bonggol mcm tu....

tup-tup...13 tahun selepas itu..(sekarang lah)..muncullah trend tersebut......kenapa....korang tak baca ke hadis tersebut.....dah terang2 sebut....iklan plak menjadi2 dalam majalah aku tengok....

kalau org tu memang ada rambut yang panjang...aku terima jugaklah...sbb kalau diikat....sanggul kat belakang..akan nampak bonggolnya...tp xde lah setinggi mana....

ni tidak....bonggol tu memang dijual....semata2 serkup berbonggol dah....mcm setongkol plastik atau kain...dijahit dan diletakkan dalam serkup....supaya mana2 wanita yang berambut pendek pun...bleh pakai dan ada bonggol....wei...buruklah aku tgk...tak nampak pun cantiknya dimana.....

betul ke dah akhir zaman ni....memang ye kot kan....

bawah ni aku copy dari himpunan-tazkirah.blogspot...


Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith Riwayat Imam Ahmad-
-gambar contoh-

Dalam hadis yang seterusnya juga ada memerihalkan akan golongan penghuni neraka di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

No comments:

Post a Comment